Percubaan Membelog Dalam BM Sempena Hari Kemerdekaan

Blog In Malay for Merdeka!

Bila anda mendengar bunyi *beep*, ia menandakan waktu sekarang tepat pukul 10.35 pagi pada tarikh 31 haribulan Ogos, 2005.

*beep*

Untuk pengetahuan saudara-saudari dan awek-awek yang cun sekalian, inginlah saya mengumumkan pada hari ini, iaitu Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke empat-puluh lapan, yang saya terpaksa menghabiskan pagi (dan kemungkinan besar petang dan malam) ini bekerja di pejabat saya yang begitulah berteknologi-tinggi sehingga sistem penyaman udara pun tak berfungsi.

Saya tidak ingin menyelami sebab-sebab yang telah memaksa saya menghabiskan cuti saya hari ini di dalam pejabat, tetapi cukuplah saya memberitahu saudara-saudari dan awek-awek yang cun sekalian bahawa saya teramatlah terkilan dengan situasi ini.

Bukan itu sahaja, tetapi berita Michael Owen telah menyertai sebuah pasukan berjersi hitam-putih hanya menambahkan keperitan dalam hati saya.

Tetapi biarkanlah semua itu. Seperti yang saudara-saudari dan awek-awek yang cun sekalian sedia maklum, hari ini menandakan empat-puluh-lapan tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah British. Status negara-tidak-dijajah ini telah kami lindungi sekian lama dengan bangganya, tetapi adakah ini bermakna kami serakyat benar-benar merdeka?

Apakah erti sebenar kemerdekaan?

Adakah ia merujuk kepada saat bendera Union Jack diturunkan dari tiang-tiang bendera di seluruh negara 48 tahun dahulu?

Adakah ia merujuk kepada laungan ‘MERDEKA!’ yang diucapkan dengan penuh semangat oleh beribu-ribu rakyat negara ini bersama Allayarham Tunku Abdul Rahman pada detik bersejarah itu di Stadium Merdeka 48 tahun dahulu?

Adakah ia merujuk kepada kebebasan diri dan rakyat daripada dikongkong oleh pihak lain, biar dalam perbuatan atau fikiran?

Adakah ia merujuk kepada kewujudan hak-hak kewarganegaraan, dimana salah satu antaranya memberi seorang warganegara – tidak kira agama, keturunan, umur, jantina atau keupayaan fizikal mahupun mental – hak untuk diberi layanan yang bertaraf sama dengan rakyat se-negara?

Adakah ia merupakan kepercayaan dengan kebolehan diri sendiri untuk mengharungi masalah-masalah tanpa menggadaikan nilai-nilai atau maruah kita?

Hakikatnya, 48 tahun selepas tamatnya jajahan British, kita se-rakyat masih bergelut dengan maksud sebenar kemerdekaan.

Ini tidak bermaksud kita tidak mencapai apa-apa kemajuan sejak 1957. Ekonomi kita, walaupun ada masanya mengalami keadaan yang tidak menentu, masih lebih kukuh daripada ekonomi berdasarkan timah dan sektor perladangan yang diamalkan pada masa itu.

Infrastruktur bandar-bandar utama negara kita – terutamanya di ibu negara Kuala Lumpur – amatlah mengagumkan, sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing dari negera maju.

Tetapi, seperti yang saudara-saudari dan awek-awek yang cun sekalian sudah tentu tahu, fikiran kita se-rakyat tidak bergerak serentak dengan kemajuan negara.

Kita masih berfikiran kolot, memikirkan tentang masalah-masalah yang tidak wujud dan tidak mengendahkan masalah-masalah yang nyata dan kritikal.

Dan… dan… ish, buat apalah saya menjadi serious sekarang? Dan sangatlah berkarat kebolehan saya menulis dalam bahasa Melayu yang formal sehingga saya mengambil masa hampir 2 1/2 jam untuk menulis ini.

Kerja pun diabaikan… adoi..

Baiklah, biar saya mengundurkan diri dengan kata-kata ini: Dah empat puluh lapan tahun negara kita merdeka; rakyat nak tunggu sampai bila untuk me-merdeka-kan diri sendiri??

MERDEKA!

Bila anda mendengar bunyi *beep*, ia menandakan waktu sekarang tepat pukul 1.45 petang pada tarikh 31 haribulan Ogos, 2005.

*beep*

(Err.. by the way, if you detect grammar and spelling mistakes anywhere in this post, feel free to point it out. Best way to learn is to share….. ;))

Advertisements

9 thoughts on “Percubaan Membelog Dalam BM Sempena Hari Kemerdekaan”

  1. toon armyyyy! toon armyyy! hehe.

    your BM is perfectly fine, unlike some people (i hope he is reading this. hahaha.). and well said. selamat bercuti to ya.

  2. Dan… dan… ish, buat apalah saya menjadi serious sekarang? Dan sangatlah berkarat kebolehan saya menulis dalam bahasa Melayu yang formal sehingga saya mengambil masa hampir 2 1/2 jam untuk menulis ini.

    I can’t help but just laugh my ass off reading this…it’s just sooo funny and soo honest! lol 3 cheers for sashi on his effort!

  3. Hi, Hey, are you going to Penang next weekend?

    and I know, my blog’s cathing ‘spider webs…’

    πŸ˜›

  4. Michael: No, dude, I won’t be able to make it. I’ve already informed the bride.

    And yes, your blog needs some spring cleaning… πŸ˜‰ make it a photoblog! πŸ˜€

Comments are closed.